Thursday, January 30, 2014

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Asrama bersama Guru-Guru Asrama

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Asrama bersama Guru-Guru Asrama 
telah diadakan pada 30 Januari 2014 (Khamis).


Perjumpaan tersebut bertempat di surau sekolah.


Kehadiran Ibu Bapa / Penjaga pelajar-pelajar asrama adalah amat menggalakkan


Perjumpaan tersebut bermula Jam 12.30 tengahari hingga jam 1.30 ptg


Perjumpaan Ibu Bapa / Penjaga kepada pelajar-pelajar asrama dengan guru-guru asrama adalah
penting bagi menjamin kebajikan pelajar asrama.


Wednesday, January 15, 2014

PROGRAM ORIENTASI & QIAMULLAIL PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2014

PROGRAM ORIENTASI & QIAMULLAIL PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2014


Program ini diadakan selama dua hari iaitu 14 & 15 Januari 2014


Aktiviti usrah dikelolakan oleh guru-guru sekolah ini.


Aktiviti qiamullail diasuh dan dilaksanakan seawal jam 5.30 pagi.



Sunday, January 12, 2014

Taklimat Ibu Bapa / Penjaga Pelajar-pelajar Baru Tingkatan 1 Tahun 2014

Taklimat Ibu Bapa / Penjaga Pelajar-pelajar Baru Tingkatan 1 Tahun 2014


Taklimat khusus untuk ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar baru tingkatan 1
telah diadakan di Dewan Seminar sekolah.

Taklimat tersebut telah diadakan pada pukul 11.00 pg sehingga jam 1.00 ptg.


Taklimat ini bertujuan memberi penerangan khusus mengenai hal-hal kurikulum, ko-kurikulum, hal ehwal pelajar dan lain-lain program di sekolah ini.


Antara isu-isu yang menjadi perhatian adalah mengenai PBS, PSKI, disiplin, peperiksaan, dan aktiviti sukan sebagai mata merit untuk ke IPT pada masa sekarang ni.

Terdapat cadangan daripada salah seorang wakail ibu bapa supaya mencadangkan kelas Tingkatan Enam Bawah (STAM) diadakan di sekolah ini bagi meringankan kos kewangan mereka disamping faktor jarak yang dekat lebih menggalakkan pelajar dari sekolah ini.

Monday, January 6, 2014

Solat Sunat Dhuha & Hajat

Solat Sunat Dhuha & Hajat


Solat sunat Dhuha & Hajat berjemaaah di surau baru. Surau ini adalah hasil sumbangan dari orang ramai.


Surau baru ini akan menjadi pusat kegiatan kerohanian di sekolah ini.

Sunday, January 5, 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas & Ikrar Pelajar

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas & Ikrar Pelajar 



Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua


Lafaz Ikrar oleh Pengawas-pengawas sekolah



Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah. Penyampaian oleh Tuan Pengetua Ustaz Mohd Nasir Bin Yatib 

Saturday, January 4, 2014

INTRO SEKOLAH