PENGASAS SEKOLAH
Tuan Haji Hasbullah Bin Yusoff Al
Karimi
Tuan Haji Hasbullah bin
Yusoff Al Karimi telah mengasaskan sekolah ini pada tahun 1957. Beliau
merupakan guru besar yang pertama dan berasal dari Ketereh, Kelantan. Beliau
pernah mendapat pendidikan di pondok Tok Kenali dan pondok Caak, Pattani.
Diantara guru-guru yang pernah mengajarnya ialah Tok Kenali dan Tuan Guru Hj.
Abdullah.
Tuan Hj Hasbullah telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan
sekembalinya dari sana beliau telah membuka pondok di km 17 Kg But, Ketereh,
Jalan Kuala Krai pada tahun 1937. Selepas itu beliau telah ditugaskan oleh pihak
MUI ( Majlis Agama Islam Kelantan ) untuk mengajar di Masjid Muhammadi Kota
Bharu. Kemudian beliau mengajar kembali di pondok But pada tahun 1945.
Selepas
beberapa lama, beliau telah pergi ke Jerimbong, Ulu Kelantan serta mengasaskan
penubuhan madrasah di tempat tersebut dan menjayakannya dengan memegang jawatan
guru besar yang pertama pada tahun 1957.
Mulai tahun 1965 beliau bertugas
sebagai guru agama di Brunei dan Sarawak. Akhirnya beliau telah diminta oleh
Tun Datu Mustaffa, Ketua Menteri Sabah ketika itu, untuk bertugas di Masjid
Sembulan di Kota Kinabalu sebagai guru agama dan menetap di sana.
SENARAI PENGETUA MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN, JERIMBONG
HJ. HASBULLAH BIN YUSSOF AL KARIMI
1957
MOHD YUSOF
1958
TUAN YUSOF IBRAHIM
1959 – 1964
WAN ABU HANIFAH BIN WAN NAWANG
1965 – 1968
NIK ABDULLAH BIN NIK LAZIM
1969
CHE SEMAN BIN CHE NGAH
1970 – 1973
WAN ABU HANIFAH BIN WAN NAWANG
1974 – 1990
MUHAMMAD MUSA
1991 – 1994
AHMAD BIN SALLEH
1995
MAYUSOF BIN METALONG
1996 – 1998
MOHD NASIR BIN YATIB
1999 – 2016
RAJA NORAZMAN BIN RAJA ABDUL KADIR
2018
No comments:
Post a Comment