Tuesday, January 1, 2013

PEMBINAAN SEMULA MADRASAH SELEPAS BANJIR BESAR 1967


Pada 1967 banjir telah melanda seluruh Ulu Kelantan, khususnya Lembah Pergau. Banjir ini merupakan banjir yang terbesar dalam sejarah negeri Kelantan, banjir yang melanda ini berlaku pada bulan Disember iaitu pada musim tengkujuh bagi negeri-negeri di Pantai Tumur. Pada musim ini umat Islam berada di penghujung Ramadhan iaitu berapa saat menjelang hari raya, mereka dikejutkan dengan banjir besar yang melanda dan memusnahkan banyak harta benda, termasuklah Madrasah al-Nazirin yang ditubuhkan juga turut musnah dihanyutkan oleh arus deras air banjir.

PENUBUHAN AWAL

PENUBUHAN AWAL



Pada tahun 1930 Kerajaan Inggeris yang memerintah Kelantan mendirikan sebuah Sekolah Melayu di Tebing Tinggi. Pada awal penubuhan Sekolah Melayu ini tidak mendapat  sambutan dari masyarakat  tempatan. Keadaan ini disebabkan oleh  jarak sekolah dengan perkampungan terlalu jauh dan disamping itu masyarakat di sini juga beranggapan bahawa matapelajaran yang diajar disekolah Melayu ini mengandungi pelajaran kafir. Oleh itu masyarakat di sini menganggap bahawa Sekolah Melayu ialah sekolah kafir. Jesteru itu ibu bapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.

INTRO SEKOLAH