Pada 1967 banjir telah melanda seluruh Ulu Kelantan, khususnya Lembah
Pergau. Banjir ini merupakan banjir yang terbesar dalam sejarah negeri
Kelantan, banjir yang melanda ini berlaku pada bulan Disember iaitu pada musim
tengkujuh bagi negeri-negeri di Pantai Tumur. Pada musim ini umat Islam berada
di penghujung Ramadhan iaitu berapa saat menjelang hari raya, mereka dikejutkan
dengan banjir besar yang melanda dan memusnahkan banyak harta benda,
termasuklah Madrasah al-Nazirin yang ditubuhkan juga turut musnah dihanyutkan
oleh arus deras air banjir.
Kesan dari peristiwa ini, sekolah yang sepatutnya bermula pada bulan
Januari telah tergendala. Ustaz Wan Abu Hanifah, telah berperanan membangunkan
kembali Madrasah al-Nazirin yang telah musnah, beliau selaku Guru Besar di
Madrasah ini telah meminta bantuan daripada orang-orang kampung untuk membina
Madrasah ini, sama ada berbentuk wang atau peralatan untuk membina semula
Madrasah. Orang-orang kampung ada yang memberi sumbangan berbentuk wang,
peralatan seperti kayu-kayu dan atap daun nipah dan ada sumbangan dalam bantuk
tenaga. Walaupun tiada sumbangan yang besar di berikan tetapi disebabkan oleh
usaha gigih Ustaz Wan dan orang-orang kampung akhirnya pada pertengahan
Februari bangunan Madrasah siap di bina dan pada bulan ini juga pelajar baru
dapat memulakan sesi pembelajaran. Walaupun sesi pembelajaran telah dijalankan
tetapi masih ada kekurangan iaitu peralatan-peralatan Madrasah seperti kerusi,
meja dan papan hitam. Keadaan ini
berlaku kerana peralatan-peralatan ini juga musnah dihanyut air banjir. Dalam
keadaan yang serba kekurangan ini pembelajaran terpaksa diteruskan juga. Ustaz
Wan terpaksa berulang alik ke Bandar Kota Bharu dengan hanya menaiki bot atau
perahu untuk meminta sumbangan dari kerajaan, akhirnya pada awal tahun 1969
barulah kerajaan Negeri menghantar bantuan peralatan tersebut.
Bangunan yang dibina semula pada tahun 1967 selepas banjir berlaku adalah
tidak memuaskan menyebabkan pihak madrasah tidak dapat menampung jumlah pelajar
yang bertambah ini kerana bangunan madrasah kebanyakannya menggunakan bahan
lama yang telah rosak. Oleh itu Ustaz Wan dan Ahli Jawatan Kuasa Madrasah yang
lain, telah berusaha mencari tapak yang baru untuk membina madrasah baru bagi
menggantikan bangunan lama sebelum bertambah buruk. Pada tahun 1979, mereka
telah membeli tanah seluas 2 ekar 236 depa dengan harga RM2,500.00 yang
terletak di kampung Bukit Jering iaitu kampung baru dibuka oleh kerajaan Negeri
kepada penduduk kampung Tebing Tinggi dan Jerimbong.
Setelah tapak untuk membina bangunan yang baru telah ada, ustaz Wan dan AJK
madrasah, berusaha mendapatkan bantuan untuk membinaan bangunan baru daripada
pihak Kerajaan Negeri.
Pada tahun 1980, madrasah ini telah mencapai keputusan terbaik dalam
peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan dengan 82% menjadikan satu sokongan yang
kuat bagi mendapatkan bantuan dari Kerajaan Negeri, malah meraka juga turut
berusaha berjumpa dengan Menteri besar, akhirnya Menteri Besar bersetuju dan
terlebih dahulu ingin melawat ke Madrasah al-Nazirin. Pada 16 Mac 1981, beliau
telah mengumumkan akan memberi peruntukan serta merta sebanyak RM10,000.00 bagi
membaiki bangunan lama sementara menanti siapnya bangunan baru, malah beliau
juga turut memperuntukkan RM250,000.00 bagi membina bangunan baru. Bangunan
baru siap dibina pada akhir tahun 1982 dan sesi pembelajaran bermula di
bangunan baru pada Februari 1983.
No comments:
Post a Comment