Tuesday, March 19, 2013

MASSAK ZON 8 TAHUN 2013

SUKAN MASSAK PERINGKAT ZON 8 diadakan pada 19 Mac 2013 (Khamis)

Tempat / Tuan Rumah : 
Kategori Perempuan - Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas
Kategori Lelaki - Maahad Raudhah An-Nazirin, Jerimbong


 Piala Pusingan Johan Keseluruhan (Perempuan)




Piala Pusingan (Lelaki)




Penyampaian Hadiah oleh wakil YIK :


Sunday, March 3, 2013

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH



KRONOLOGI MASA



TAHUN 1957
-Sumbangan derma orang ramai dan gotong-royong bagi pembiayaan sekolah.

TAHUN 1965
-Mendapat bantuan kerajaan negeri hingga tahun 1969.

TAHUN 1967
-Bangunan sekolah dan peralatannya dihanyut banjir besar 1967 dibangunkan kembali atas usaha-usaha orang kampung.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AGAMA DI KAMPUNG JERIMBONG DAN SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN JERIMBONG, KUALA BALAH, JELI, KELANTAN.



Perkembangan Pendidikan Agama.

Membaca Al Quran

Tiada satu pun pusat pengajian Al-Quran di kampung ini pada awalnya melainkan ianya diajar oleh ibubapa masing-masing. Mereka mengajar perkara-perkara yang diketahui berupa pengetahuan asas agama dan bacaan Al-Quran. Pada masa itu tiada palajaran tulisan yang diajarkan kepada anak-anak. Mereka hanya diajar mengenal huruf-huruf dalam Al-Quran dan menghafalnya. Ini dilakukan oleh ibubapa bagi menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.


PENGASAS SEKOLAH



PENGASAS SEKOLAH
Tuan Haji Hasbullah Bin Yusoff Al Karimi


Tuan Haji Hasbullah bin Yusoff Al Karimi telah mengasaskan sekolah ini pada tahun 1957. Beliau merupakan guru besar yang pertama dan berasal dari Ketereh, Kelantan. Beliau pernah mendapat pendidikan di pondok Tok Kenali dan pondok Caak, Pattani. Diantara guru-guru yang pernah mengajarnya ialah Tok Kenali dan Tuan Guru Hj. Abdullah. 
Tuan Hj Hasbullah telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan sekembalinya dari sana beliau telah membuka pondok di km 17 Kg But, Ketereh, Jalan Kuala Krai pada tahun 1937. Selepas itu beliau telah ditugaskan oleh pihak MUI ( Majlis Agama Islam Kelantan ) untuk mengajar di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Kemudian beliau mengajar kembali di pondok But pada tahun 1945. 

INTRO SEKOLAH