Sunday, March 3, 2013

PENGASAS SEKOLAH



PENGASAS SEKOLAH
Tuan Haji Hasbullah Bin Yusoff Al Karimi


Tuan Haji Hasbullah bin Yusoff Al Karimi telah mengasaskan sekolah ini pada tahun 1957. Beliau merupakan guru besar yang pertama dan berasal dari Ketereh, Kelantan. Beliau pernah mendapat pendidikan di pondok Tok Kenali dan pondok Caak, Pattani. Diantara guru-guru yang pernah mengajarnya ialah Tok Kenali dan Tuan Guru Hj. Abdullah. 
Tuan Hj Hasbullah telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan sekembalinya dari sana beliau telah membuka pondok di km 17 Kg But, Ketereh, Jalan Kuala Krai pada tahun 1937. Selepas itu beliau telah ditugaskan oleh pihak MUI ( Majlis Agama Islam Kelantan ) untuk mengajar di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Kemudian beliau mengajar kembali di pondok But pada tahun 1945. 

Selepas beberapa lama, beliau telah pergi ke Jerimbong, Ulu Kelantan serta mengasaskan penubuhan madrasah di tempat tersebut dan menjayakannya dengan memegang jawatan guru besar yang pertama pada tahun 1957. 
Mulai tahun 1965 beliau bertugas sebagai guru agama di Brunei dan Sarawak. Akhirnya beliau telah diminta oleh Tun Datu Mustaffa, Ketua Menteri Sabah ketika itu, untuk bertugas di Masjid Sembulan di Kota Kinabalu sebagai guru agama dan menetap di sana.

No comments:

Post a Comment

INTRO SEKOLAH