SEJARAH SEKOLAH
KRONOLOGI MASA
TAHUN 1957
-Sumbangan derma orang ramai dan gotong-royong bagi pembiayaan sekolah.
TAHUN 1965
-Mendapat bantuan kerajaan negeri hingga tahun 1969.
TAHUN 1967
-Bangunan sekolah dan peralatannya dihanyut banjir besar 1967 dibangunkan kembali atas usaha-usaha orang kampung.
TAHUN 1976
-Dapat membeli tanah tapak sekolah seluas 2A – 236 depa berharga RM 2,500.00 yang mana RM 2,000.00 di dapati dari kerajaan negeri dan RM 500.00 dari derma ibubapa dan orang ramai.
TAHUN 1981
-Sambutan Perayaan Jubli Perak, peruntukan bagi mendirikan bangunan baru diisytiharkan oleh YAB Dato’ Haji Mohamed Yaacob, Menteri Besar Kelantan, semasa merasmikan perayaan sebanyak RM 200,000.00.
TAHUN 1982
-Bangunan baru mula dibina.
TAHUN 1983
-Perasmian bangunan baru oleh YAB Dato’ Menteri Besar.
TAHUN 2002
-Perasmian bangunan baru 3 tingkat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz b Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
TAHUN 2006
-Sekolah ini telah dinamakan sebagai Maahad Raudhah An-Nazirin.
TAHUN 2007
-Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan sekolah yang akan dirasmikan oleh YB Mohd Amar b Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment