Tuesday, November 5, 2013

DOAKAN KEJAYAAN CALON-CALON PEPERIKSAAN SPM 2013





6 November 2013 - Tarikh bermula peperiksaan SPM 2013. Semua guru-guru, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan mendoakan kejayaan anak-anak kita dalam peperiksaan ini. Semoga berjaya dalam perjuangan calon-calon SPM sekalian.

Jadual Peperiksaan :

06 November - Bahasa Melayu

Thursday, October 31, 2013

PARA PENDIDIK MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN



BIL
NAMA GURU
1
MOHD NASIR BIN YATIB
(PENGETUA)
2
RAJA NORAZMAN BIN RAJA ABDUL KADIR
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
3
HABIL BIN MOHAMMAD
(PENOLONG KANAN HEM)
4
ABD HALIM BIN YAACOB
(GURU JADUAL WAKTU)
5
MD GHAZALI BIN MAMAT
(S/U PEMBANGUNAN SEKOLAH)
6
NA’IM BIN ISMAIL
(S/U KO-KURIKULUM)
7
MOHD ARIFFIN BIN CHE KOB
(S/U PENTADBIRAN)
8
MOHD NAIM BIN AB GHANI
(BADAR)
9
ROSLEE BIN JAAFAR
(S/U SUKAN)
10
SITI ROHANI BT AB HALIM
(S/U KEBAJIKAN PELAJAR)
11
KAMARIAH BT DAUD
(PENYELIA KANTIN)
12
HASHIMAH BT WAHAB
(S/U KECERIAAN)
13
SHUKRIAH BT YUSOF
(S/U PBS)
14
NORWATI BT JUSOH
(S/U HEM)
15
NASIBAH BT MUHAMMAD
(PENYELARAS PERSATUAN)
16
HASMAH BT JAAFAR
(GURU KESIHATAN)
17
SHAHANI BT AB HAMID
(S/U DISIPLIN)
18
NORLIZA BT AB GHANI
(UNIT BIMBINGAN KAUNSELING & KERJAYA)
19
ROHIZAN BT MOHD HUSIN
(S/U SPM)
20
AZIZAN BT AHMAD
(S/U SMU)
21
NORBAITIHAFIZATI BT ISMAIL
(S/U KURIKULUM)
22
NURUL KAMILAH BT MOHD NOOR
(S/U PMR)
23
NORHAFIDA YUHANIS BT BADERULIKSAN
(AJK PENDAFTARAN)
24
IDA ROHATI BT AB RAZAK
(S/U PEPERIKSAAN)
25
SITI NAFHATUL QUDSIAH BT SHABUDIN
(S/U KECEMERLANGAN)
26
MOHD NOR BAHRI BIN RAFIE

Monday, October 28, 2013

SOLAT HAJAT UNTUK SPM 2013

Solat hajat diadakan pada 28 Oktober 2013 bagi peperiksaan SPM 2013. Semua guru dan ibu bapa beserta pelajar bersama-sama berdoa untuk kejayaan dan kecemerlangan peperiksaan tersebut.

  

 

Sunday, October 20, 2013

Program Kecemerlangan Mata pelajaran 2013



Pelbagai program kecemerlangan diadakan untuk pelajar-pelajar seperti kelas tambahan, seminar, solat hajat, motivasi dan lain-lain program susulan oleh guru mata pelajaran berkenaan.


Wednesday, October 2, 2013

Tuesday, September 24, 2013

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM, SMU & PMR 2013

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2013



Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SMU 2013



Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR  2013


Sunday, July 7, 2013

HARI YIK 2013


HARI YIK 2013 BERTEMPAT DI PUTIK, PENGKALAN CHEPA.

Semua guru-guru Yayasan Islam Kelantan berkumpul di dewan PUTIK, Pengkalan Chepa sempena sambutan Hari YIK pada 7 Julai 2013 (Ahad).

Tuesday, July 2, 2013

PESERTA NASYID SEKOLAH


PESERTA NASYID YANG MEWAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT MASSAK ZON 8
BERTEMPAT DI SEKOLAH SMU (A) NURUL IHSAN, KANDEK DAN MENDAPAT TEMPAT KE-2


Sunday, June 16, 2013

CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Ceramah Israk Mikraj yang diadakan di surau baru sekolah pada 16 Jun 2013 (Ahad)


Ucapan oleh Tuan Mudir


Sebelum memulakan sesi ceramah terlebih dahulu solat sunat dhuha berjemaah.


Thursday, May 23, 2013

HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada 23 Mei 2013 (Khamis)


MAJLIS PERASMIAN OLEH TUAN MUDIR


Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti acara sukaneka, acara padang dan acara dewan untuk mengeratkan hubungan antara guru-guru dan pelajar.

Tuesday, March 19, 2013

MASSAK ZON 8 TAHUN 2013

SUKAN MASSAK PERINGKAT ZON 8 diadakan pada 19 Mac 2013 (Khamis)

Tempat / Tuan Rumah : 
Kategori Perempuan - Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas
Kategori Lelaki - Maahad Raudhah An-Nazirin, Jerimbong


 Piala Pusingan Johan Keseluruhan (Perempuan)




Piala Pusingan (Lelaki)




Penyampaian Hadiah oleh wakil YIK :


Sunday, March 3, 2013

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH



KRONOLOGI MASA



TAHUN 1957
-Sumbangan derma orang ramai dan gotong-royong bagi pembiayaan sekolah.

TAHUN 1965
-Mendapat bantuan kerajaan negeri hingga tahun 1969.

TAHUN 1967
-Bangunan sekolah dan peralatannya dihanyut banjir besar 1967 dibangunkan kembali atas usaha-usaha orang kampung.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AGAMA DI KAMPUNG JERIMBONG DAN SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN JERIMBONG, KUALA BALAH, JELI, KELANTAN.



Perkembangan Pendidikan Agama.

Membaca Al Quran

Tiada satu pun pusat pengajian Al-Quran di kampung ini pada awalnya melainkan ianya diajar oleh ibubapa masing-masing. Mereka mengajar perkara-perkara yang diketahui berupa pengetahuan asas agama dan bacaan Al-Quran. Pada masa itu tiada palajaran tulisan yang diajarkan kepada anak-anak. Mereka hanya diajar mengenal huruf-huruf dalam Al-Quran dan menghafalnya. Ini dilakukan oleh ibubapa bagi menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.


PENGASAS SEKOLAH



PENGASAS SEKOLAH
Tuan Haji Hasbullah Bin Yusoff Al Karimi


Tuan Haji Hasbullah bin Yusoff Al Karimi telah mengasaskan sekolah ini pada tahun 1957. Beliau merupakan guru besar yang pertama dan berasal dari Ketereh, Kelantan. Beliau pernah mendapat pendidikan di pondok Tok Kenali dan pondok Caak, Pattani. Diantara guru-guru yang pernah mengajarnya ialah Tok Kenali dan Tuan Guru Hj. Abdullah. 
Tuan Hj Hasbullah telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan sekembalinya dari sana beliau telah membuka pondok di km 17 Kg But, Ketereh, Jalan Kuala Krai pada tahun 1937. Selepas itu beliau telah ditugaskan oleh pihak MUI ( Majlis Agama Islam Kelantan ) untuk mengajar di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Kemudian beliau mengajar kembali di pondok But pada tahun 1945. 

Tuesday, January 1, 2013

PEMBINAAN SEMULA MADRASAH SELEPAS BANJIR BESAR 1967


Pada 1967 banjir telah melanda seluruh Ulu Kelantan, khususnya Lembah Pergau. Banjir ini merupakan banjir yang terbesar dalam sejarah negeri Kelantan, banjir yang melanda ini berlaku pada bulan Disember iaitu pada musim tengkujuh bagi negeri-negeri di Pantai Tumur. Pada musim ini umat Islam berada di penghujung Ramadhan iaitu berapa saat menjelang hari raya, mereka dikejutkan dengan banjir besar yang melanda dan memusnahkan banyak harta benda, termasuklah Madrasah al-Nazirin yang ditubuhkan juga turut musnah dihanyutkan oleh arus deras air banjir.

PENUBUHAN AWAL

PENUBUHAN AWAL



Pada tahun 1930 Kerajaan Inggeris yang memerintah Kelantan mendirikan sebuah Sekolah Melayu di Tebing Tinggi. Pada awal penubuhan Sekolah Melayu ini tidak mendapat  sambutan dari masyarakat  tempatan. Keadaan ini disebabkan oleh  jarak sekolah dengan perkampungan terlalu jauh dan disamping itu masyarakat di sini juga beranggapan bahawa matapelajaran yang diajar disekolah Melayu ini mengandungi pelajaran kafir. Oleh itu masyarakat di sini menganggap bahawa Sekolah Melayu ialah sekolah kafir. Jesteru itu ibu bapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.

INTRO SEKOLAH